Tarikh : 12 & 26 Julai 2023 Masa : 2.00 Petang-5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kursus latihan pengendalian makanan ini diadakan untuk memenuhi keperluan dan wajib kepada pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penyediaan makanan termasuklah peniaga warung, pasar malam, restoran, hotel, dan juga peniaga yang berniaga makanan secara online.
Aktiviti
Kursus ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi dan tenaga pengajar adalah berpengalaman dan diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.