Tarikh : 15 Julai 2023 Masa : 9.30 Pagi-12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau Peserta : 23 Orang |
Tujuan
Kursus pembuatan aiskrim colek (soft) ini dijalankan di PEDi Batu Kurau bagi membantu komuniti Batu Kurau untuk mempelajari teknik membuat aiskrim colek dengan mudah tanpa menggunakan mesin industri. Kelas ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan aiskrim. Tenaga pengajarnya, Puan Kharida merupakan pemilik Aiskrim Kayla merupakan usahawan berdaftar di PEDi Batu Kurau.
Aktiviti
Puan Kharida menunjukkan cara membuat aiskrim colek (soft) dengan cara yang betul dan lebih mudah untuk disediakan di rumah. Setiap peserta kemudian berpeluang untuk mencuba aiskrim yang telah dihasilkan.