Tarikh : 15 Julai 2023 Masa : 10.00 Pagi-11.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi menguji tahap kefahaman pelajar sekolah rendah terhadap subjek Sains dan Alam Sekitar. Kuiz kecekapan tenaga ini merupakan kesinambungan daripada Festival Teknologi Hijau & STEM Biodiversiti 2023 yang disertai oleh peserta di seluruh Malaysia.
Aktiviti
Peserta perlu menjawab kuiz secara online mengikut waktu yang ditetapkan. Mana-mana peserta yang memperoleh markah 40% dan pantas akan diberikan sijil penyertaan peringkat kebangsaan.