Tarikh : 28 November 2018 Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 15 orang
|
Tujuan
Senaman aerobik adalah salah satu senaman yang melibatkan penggunaan oksigen di dalam badan bagi meningkatkan kecergasan fizikal. Di samping itu, senaman ini juga dapat mengurangkan tekanan terutama kepada kaum wanita dan para pelajar. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang dalam komuniti setempat.
Aktiviti
Senaman aerobik dikendalikan oleh Kelab Aerobik Batu Kurau yang diketuai oleh Rokiah Osman telah memulakan sesi senaman mereka pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.