Tarikh : 28 November 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 24 orang
|
Tujuan
Dashboard Komuniti merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet Batu Kurau. Aplikasi ini merangkumi pelbagai aspek untuk keperluan dalam komuniti seperti kesihatan, keusahawanan, pendidikan, dan sosial.
Aktiviti
Setiap peserta diberikan sedikit penerangan mengenai dashboard komuniti dan kebaikannya. Selain itu, mereka juga berpeluang mendapat sehelai t-shirt Dashboard Komuniti sebagai cenderahati selepas mereka memuat turun aplikasi tersebut di dalam telefon mudah alih mereka.