Tarikh : 1 Februari 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 5 orang
|
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi membantu pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menggunakan komputer dengan cekap dan mahir. Selain itu, kelas ini juga melatih mereka supaya mampu membuat surat rasmi sendiri mengikut format yang betul, mengetahui cara untuk mencetak dokumen dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.