Tarikh            : 24 Mei 2019

Masa              : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : Tadika Islam Al-Kurawi, Batu Kurau

Peserta          : 37 orang

 

 

Tujuan

Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet Batu Kurau dan Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara dan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah Tadika Islam Al-Kurawi, Batu Kurau. Program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai bahaya penggunaan komputer yang berlebihan di samping memperkenalkan komponen komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video untuk menerangkan komponen komputer dan bahaya penggunaan komputer kepada para pelajar. Selepas itu, para pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan oleh petugas. Pelajar yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul akan menerima hadiah yang telah disediakan.

 

Gambar di sini