Tarikh            : 18 Ogos 2019

Masa              : 8.30 pagi - 1.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 283 orang

 

Tujuan

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (HBK) ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan kunjungi oleh 283 orang pengunjung dari sekitar Batu Kurau dan Taiping. Program ini merupakan program tahunan Pusat Internet Batu Kurau yang julung kali diadakan bagi mendekatkan fungsi dan peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti bagi komuniti setempat. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pusat Internet dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin setempat bagi manfaat komuniti.

Aktiviti

Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan untuk pertandingan-pertandingan dan cabutan bertuah yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti Memancing Ikan (kaum bapa), Memanah Belon (kaum ibu), Kahoot (Menengah), Mewarna (kanak-kanak), Origami (terbuka). Selain itu, terdapat juga taklimat dan pameran yang telah dibuka oleh 12 agensi yang dijemput khas untuk memberi penerangan dan maklumat terkini kepada komuniti yang hadir. Program ini mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat.

 

Gambar di sini