Tarikh            : 18 Ogos 2019

Masa              : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 dan disertai oleh 10 orang peserta dari sekolah menengah sekitar Batu Kurau. Kahoot.com merupakan kuiz atas talian (online) yang sering digunakan oleh para guru untuk menguji kefahaman para pelajar dalam matapelajaran di sekolah. Pada kali ini, petugas Pusat Internet Batu Kurau mengambil inisiatif menjadikan Kahoot sebagai medium untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai sejarah negara Malaysia.

Aktiviti

Peserta perlu memasukkan id permainan yang terpapar pada skrin projektor. Selepas itu, permainan bermula di mana para peserta perlu menjawab soalan yang keluar pada skrin projektor tersebut dengan betul.

 

Gambar di sini