Tarikh            : 7 Februari 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar SMA Syubbaniah, Batu Kurau mencari maklumat secara atas talian dengan sumber yang betul. Kebaikan aktiviti ini, dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar cara mencari maklumat dengan sumber yang betul di samping meningkatkan minat mereka menjadikan Pusat Internet Batu Kurau sebagai tempat mencari maklumat terkini.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara mencari maklumat berdasarkan sumber yang sahih sebagai rujukan kerja kursus di sekolah. Di samping itu, pelajar juga diajar cara menggunakan Microsoft Word dengan betul bagi menyiapkan tugasan mereka.

 

Gambar di sini