Tarikh : 24 April 2021 Masa : 3.15 Petang-4.15 Petang Lokasi : Pusat Internet Komuniti Batu Kurau Peserta : Seorang |
Tujuan
Kelas E-Tuisyen ini adalah anjuran Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia yang berada di bawah seliaan Telekom Malaysia. E-Tuisyen ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengulangkaji pelajaran dan menyertai kelas tambahan bagi subjek yang diingini. Pada kali ini pelajar ini berdaftar untuk memasuki kelas Bahasa Inggeris Tahun 6.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan di dalam aplikasi Zoom. Pelajar perlu membuka 'link' yang diberikan oleh petugas dan menunggu sehingga tenaga pengajar membenarkan pelajar itu memasuki kelas tersebut. Nota kelas juga disediakan mengikut subjek yang diambil oleh pelajar.