USAHAWAN (PENGINAPAN DAN REAKREASI)
Nama | : Rospawati binti Abdul Hamid |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Rospawati menjalankan perniagaan Sempeneh River Front Chalet yang merupakan projek pelancongan Kampung Sempeneh di bawah Kelulusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bermula pada 18 Julai 2015, Chalet Sempeneh River Front ini menyediakan 12 buah bilik ekonomi dan 2 bilik VIP. Dengan modal permulaan sebanyak RM20,000.00 Puan Rospawati telah mampu menaikkan industri pelancongan chalet beliau hingga dikenali oleh pelancong luar dari Perak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat mempromosikan perniagaan chalet beliau di sekitar Batu Kurau dan Taiping melalui edaran flyers kepada penduduk-penduduk di sini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu mempromosikan perniagaan chalet melalui pemasaran secara online seperti “Facebook Page” dan blogspotnya yang menggunakan nama Sempeneh River Front Chalet.
Sumber Gambar: Facebook Sempeneh River Front