USAHAWAN KECIL KATERING
Nama | : Suriani bt Mohamad Mubarak |
Umur | : 44 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Suriani menjalankan perniagaan katering majlis, mengambil tempahan untuk kuih-muih, biskut, roti john mini dan sebagainya. Beliau juga mengendalikan majlis infak/Sedekah untuk pelajar tahfiz/ Yatim di Kawasan Batu Kurau. Puan Suriani telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2015 ketika beliau menetap di Ipoh. Beliau mula berpindah ke sini pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan medium media sosial untuk mengembangkan bisnes beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Puan Suriani boleh menggunakan whatsapp untuk promosikan bisnes masakan beliau. Beliau membuat iklan di dalam group-group whatsapp dan sedang mula berjinak-jinak untuk menggunakan medium Instagram.