DROPSHIP DAN AGEN PRODUK KECANTIKAN
Nama | : Siti Azuwa bt Aris |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Azuwa telah menjalankan bisnes kecantikan produk Nurraysa bermula tahun 2017 lagi. Beliau bermula sebagai dropship dan menjadi agen selepas yakin dengan kemampuan diri untuk memegang stok. Beliau menjual secara online dan offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Puan Azuwa agak ketinggalan dan tidak tahu cara untuk membuat broadcast di whatsapp, menghubungkan akaun facebook page & Instagram dan membuat ayat soft selling.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, Puan Azuwa sudah semakin pandai untuk memahami apa itu soft sell, hard sell & upsell. Beliau juga telah mampu untuk membuat link antara Instagram dan Facebook Page. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara mengedit photo menggunakan canva.com. PI juga membantu mempromosikan produk beliau di dalam Myshop Dashboard Komuniti.