Tarikh            : 3 Oktober 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar Tahun 6 SRK Batu Kurau mengulangkaji mata pelajaran Matematik sebagai persediaan beliau menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Aktiviti

Petugas membantu pelajar cara untuk mengingati rumus Matematik dan cara menyelesaikan masalah soalan Matematik dengan cara yang betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 2 Oktober 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.30 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar untuk membuat surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Word. 

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat kiriman rasmi. Selepas itu, pelajar perlu membuat surat kiriman rasmi dengan mengikut contoh yang telah diberikan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 10 September 2020

Masa              : 9.30 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Membimbing usahawan untuk menggunakan pusat pemasaran di shopee dengan efisien. 

Aktiviti

Petugas membimbing usahawan untuk membuat kod promosi, voucher dan hadiah.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 September 2020

Masa              : 9.30 Pagi - 12.30 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta bagi mereka cipta logo dengan menggunakan Canva.com. Selain itu, peserta dapat meningkatkan kreativiti mereka dengan menggunakan medium dan pendekatan yang lebih mudah dan menarik seiring zaman teknologi terkini.

Aktiviti

Pelajar dibimbing untuk menyiapkan logo bagi Pertandingan Mereka Cipta Logo Kafa seluruh Malaysia.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 6 September 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 6.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambahkan lagi kemahiran pelajar sekolah rendah dalam bidang penyuntingan gambar dan menghasilkan poster menggunakan Canva.com. Selain itu, secara tidak langsung kelas ini dapat meningkatkan kreativiti dan potensi mereka untuk lebih kreatif dan berinovatif untuk masa depan mereka yang lebih cerah.

Aktiviti

Para pelajar diajar cara untuk membuat poster yang bertemakan 'Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital' dengan menggunakan Canva.com.

 

Gambar di sini