Tarikh            : 6 September 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 6.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah kemahiran anak jati Batu Kurau dalam bidang penyuntingan gambar dan menghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop.

Aktiviti

Para pelajar diajar cara untuk membuat poster yang bertemakan 'Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital' dengan menggunakan Adobe Photoshop.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 September 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan untuk membimbing peserta-peserta untuk untuk menyunting video mereka sendiri sama ada dengan menggunakan aplikasi android atau software pada komputer. Selain itu, pelajar dapat menyerlahkan lagi bakat dan kreativiti mereka dalam kraftangan dan mengitar semula bahan terpakai seperti kertas, kotak, botol plastik dan lain-lain barangan terpakai lagi. Di samping, itu aktiviti seperti ini adalah untuk menggalakkan pengurangan sisa pepejal demi penjagaan alam sekitar kita.

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuat kraftangan merdeka dengan menggunakan bahan terpakai dan menghasilkan video kraftangan tersebut dengan menggunakan kreativiti masing-masing dengan bimbingan daripada petugas Pusat Internet Batu Kurau.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 16 Ogos 2020

Masa              : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas ini dilaksanakan adalah untuk membimbing pelajar Tahun 6 mengulangkaji pelajaran Matematik Tahun 6.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dalam topik yang pelajar lemah serta cara untuk mengingati formula yang penting dalam subjek Matematik.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 22 Ogos 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan untuk membimbing pelajar-pelajar untuk membuat ulangkaji bagi menghadapi SPM yang bakal tiba tidak lama lagi.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara menyelesaikan soalan-soalan Matematik dengan betul. Di samping itu, pelajar juga diajar cara untuk mengingati formula Matematik dengan mudah dan lebih berkesan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 Ogos 2020

Masa              : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi mengulangkaji mata pelajaran bahasa Inggeris.

Aktiviti

Petugas mengajar pelajar memperkukuhkan penggunaan Grammar di dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan buku rujukan yang telah disediakan.

 

Gambar di sini