Tarikh            : 12 Mac 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 22 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar lepasan SPM dan STPM menggunakan UPU Online untuk memohon bidang yang mereka mahukan ketika sambung belajar kelak. Kebaikan aktiviti ini, para peserta mendapat beberapa tips cara untuk mencari bidang yang mereka minati daripada petugas.

Aktiviti

Petugas membimbing para peserta menggunakan UPU Online untuk memohon bidang yang mereka minat berdasarkan kelayakan mereka.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 Mac 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kefahaman para peserta mengenai program Klik Dengan Bijak di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Aktiviti

Para peserta perlu menjawab soalan teka silangkata (KDB) di laman web Proprofs.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 6 Mac 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar yang tiada asas menggunakan komputer untuk belajar menggunakan tetikus sehingga mahir.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara menggunakan tetikus dengan betul. Selepas itu, para pelajar perlu menggunakan laman web Mousercise.com untuk memulakan latihan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 Mac 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta bahawa pentingnya berfikir dahulu sebelum klik apabila sedang melayari internet. Pada kali ini, fokus yang diberikan adalah pada topik buli siber. Kebaikan aktiviti ini, peserta dapat memahami erti buli siber yang sebenar dan cara untuk mengelak berlakunya buli siber dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video tentang buli siber kepada semua peserta. Selepas itu, petugas memberikan beberapa soalan kepada peserta bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Februari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh enam orang pelajar SMA Syubbaniah, Batu Kurau. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengetahuan peserta serta menarik minat mereka untuk bersaing secara sihat. Kebaikan aktiviti ini, peserta dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan minat mereka untuk menyertai pelbagai program di Pusat Internet Batu Kurau. 

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka laman web Kahoot dan memasukkan nombor pin yang terbit pada slide. Selepas itu, para peserta perlu bersaing untuk menjawab soalan dengan betul dan pantas.

 

Gambar di sini