Tarikh            : 20 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas ini adalah bertujuan untuk membantu suri rumah yang menceburi bidang jahitan menggunakan Youtube untuk mencari maklumat jahitan mengikut trend terkini. Selain itu, suri rumah dapat meningkatkan kreativiti dan pengetahuan beliau dalam bidang jahitan.

Aktiviti

Petugas membantu peserta cara untuk membuka Youtube untuk meningkatkan kemahiran jahitan beliau.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Kelas Matematik ini adalah untuk membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, pelajar dapat memperkukuhkan asas Matematik mereka untuk persediaan ke Tingkatan 4 pada tahun hadapan.

Aktiviti

Pelajar menggunakan internet untuk mencari formula dan teknik menjawab soalan Matematik dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 21 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet bagi melayari portal latihan ujian undang-undang jalan raya JPJ sebagai persediaan menghadapi ujian online yang sebenar.

Aktiviti

Petugas membantu peserta yang terlibat melayari portal yang telah diberikan oleh pihak pusat memandu.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 22 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas Microsoft Word ini merupakan kelas untuk membantu usahawan kecil membuat penyata gaji bagi pekerja mereka.

Aktiviti

Petugas membantu usahawan kecil membuat penyata gaji pekerja mereka dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 13 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Word ini merupakan kelas latihan untuk membantu dan menguji kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Word berdasarkan modul yang telah diajar pada Kelas Microsft Word Asas yang lalu.

Aktiviti

Pelajar perlu menggunakan pengetahuan yang telah diajar pada kelas asas yang lalu untuk menghasilkan surat kiriman rasmi.

 

Gambar di sini