Tarikh            : 12 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

Tujuan

Kelas Microsoft Word Asas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja kursus yang diberikan oleh guru di sekolah.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit mengenai Microsoft Word dan menunjukkan cara menggunakannya dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 10 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Kelas Microsoft Word ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang pelajar. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual dan mengedit gambar.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai penggunaan 'tool' untuk membuat jadual dan mengedit gambar dengan mudah. Selepas itu, setiap pelajar diberi latihan untuk membuat jadual mengikut modul yang telah ditetapkan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 26 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 26 orang pelajar yang terdiri dari kalangan kanak-kanak. Kelas ini dijalankan adalah untuk mengasah kemahiran dan kreativiti memasak dalam kalangan kanak-kanak di samping dapat meningkatkan tahap kemahiran sosial mereka dalam komuniti.

Aktiviti

Kelas ini dikendalikan oleh Pn Normala dan dibantu oleh tiga orang pembantunya untuk memastikan kelas berjalan dengan lebih berkesan. Peserta diberi peluang untuk menimbang, menghias cupcakes yang telah disediakan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Disember 2019

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

 

Tujuan

Kelas Bahasa Inggeris ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membantu pelajar tersebut mengetahui nombor dalam bahasa Inggeris dengan cara yang lebih menarik dan efektif.

Aktiviti

Petugas mengajar pelajar mengenali nombor 1 hingga 20 dalam bahasa Inggeris.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

Tujuan

Kelas video Powtoon ini telah disertai oleh tiga orang pelajar SMKA Syubaniah. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu mereka membuat video aktiviti sepanjang tahun 2019 untuk kelab mereka sempena Jamuan Akhir Tahun Kelab HBA. Justeru itu, kelas ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kreativiti pelajar untuk menyunting sebuah video dengan lebih menarik.

Aktiviti

Para peserta membuat video dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri dengan bimbingan petugas.

 

Gambar di sini