Tarikh            : 15 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 12 orang

 

Tujuan

Aktiviti permainan congkak ini dilaksanakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 12 orang pelajar SMKA Syubaniah, Batu Kurau. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat cintakan permainan tradisional dalam kalangan para peserta. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan sikap berdaya saing antara peserta.

Aktiviti

Para pelajar perlu bersaing mengikut kumpulan yang telah ditentukan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 42 orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 42 orang pelajar dari Tadika Islam al-Kurawi, Batu Kurau. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar sejak dari kecil lagi.

Aktiviti

Para pelajar diberikan sehelai kertas yang mempunyai gambar buah-buahan dan mereka perlu mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 November 2019

Masa              : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 50 orang

 

Tujuan

Aktiviti pemeriksaan kesihatan ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau bersempena Hari Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Batu Kurau. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mengukur tahap kesihatan komuniti setempat agar komuniti sentiasa cakna pada tahap kesihatan mereka seharian.

Aktiviti

Petugas memberikan perkhidmatan dengan mengambil tekanan darah dan menimbang berat kepada komuniti.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

Tujuan

Aktiviti mencari barang tersembunyi ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 13 orang pelajar dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Kurau. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap ketajaman mata dan kepantasan minda mereka mencari barang yang tersembunyi dalam sebuah lukisan pada sekeping kertas.

Aktiviti

Pelajar diberi sehelai kertas yang mengandungi barang-barang tersembunyi Mereka perlu mewarna barang tersembunyi yang mereka jumpa.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 3 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 11 orang pelajar Tingkatan 3 dari SMKA Syubaniah, Batu Kurau. Aktiviti dijalankan adalah untuk menguji tahap pengetahuan para pelajar mengenai kesihatan diri. 

Aktiviti

Para pelajar perlu memasukkan nombor pin yang terpapar pada skrin untuk memulakan kuiz tersebut. Pelajar yang mendapat markah tertinggi dianggap sebagai pemenang.

 

Gambar di sini