Tarikh            : 2 November 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh sembilan orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu warga emas dan kanak-kanak yang tidak mahir menaip. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dapat menggunakan papan kekunci untuk menaip dengan betul.

Aktiviti

Peserta diajar cara yang betul menggunakan papan kekunci untuk menaip. Selepas itu, setiap peserta perlu menaip dan mengikut ayat yang dipamerkan pada skrin.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 Oktober 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : Seorang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar untuk menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan di sekolah.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara menggunakan Microsoft Powerpoint. Selepas itu, pelajar membuat powerpoint yang bertajuk 'Biodata Saya'.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Oktober 2019

Masa              : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi            : Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara, Batu Kurau

Peserta          : 25 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara petugas Pusat Internet Batu Kurau dengan komuniti Batu Kurau. Di samping itu, para peserta dapat mengasah bakat mewarna bersama keluarga, mengeratkan hubungan dan dapat meningkatkan kreativiti masing-masing.

Aktiviti

Para peserta dibahagikan mengikut keluarga masing-masing. Setiap keluarga mempunyai 3 orang ahli.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 11 Oktober 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu warga emas membuat teks pengacara majlis formal mengikut protokol dan format yang betul dengan menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit asas menggunakan Microsoft Word. Selain itu, petugas menunjukkan contoh yang betul untuk membuat teks pengacara majlis tersebut.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Oktober 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara, Batu Kurau

Peserta          : 25 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat berdikari dan kerjasama dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kreativiti dalam masakan.

Aktiviti

Para peserta diberi bahan-bahan untuk menyediakan sandwich seperti roti gardenia, timun, tomato dan sardin yang telah dimasak. Mereka diminta menghias sandwich masing-masing mengikut kreativiti dan selera sendiri.

 

Gambar di sini