Tarikh            : 10 Ogos 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Aktiviti Puzzle Merdeka pada kali ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan pelajar tentang bendera Malaysia di mana kategori peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Selain itu, aktiviti ini dapat menarik minat pelajar untuk menjadikan Pusat Internet ini sebagai pusat pendidikan yang bermanfaat untuk komuniti.

Aktiviti

Pelajar dikehendaki membuka laman web PuzzlePuzzles.com untuk memulakan aktiviti.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 3 Ogos 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan program inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Pusat Internet (PI) diseluruh Malaysia bagi mendidik dan membimbing komuniti untuk menggunakan internet dengan berhemah dan bijak. Hal ini demikian, program ini juga menitikberatkan 3 aspek penting dalam penggunaan internet secara positif iaitu keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab pengguna. Tujuan program ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau pada kali ini adalah bagi mendedahkan cara membendung masalah 'Online Grooming' dalam kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video KDB untuk memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar. Selepas itu, setiap pelajar akan diberikan soalan untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang sedang dibincangkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Julai 2019

Masa              : 2.30 petang - 6.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 18 orang

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan ini telah dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Internet Usahawan Batu Kurau (KIUB). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan cara menggunakan Google Business dalam perniagaan. Selain itu, suntikan motivasi juga diberikan sepanjang aktiviti agar setiap usahawan dapat meningkatkan semangat mereka untuk memajukan perniagaan mereka terutama secara atas talian (online).

Aktiviti

Peserta dibimbing oleh Encik Thajul Irham cara menggunakan Google Business bagi menguruskan perniagaan mereka dengan lebih effektif.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 2 Ogos 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

Tujuan

Kelas Powtoon ini merupakan inisiatif petugas Pusat Internet Batu Kurau bagi membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar sekolah menengah dengan menggunakan Powtoon sebagai aplikasi atas talian untuk menghasilkan sebuah video kreatif bersempena Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Batu Kurau 2019. Selain dapat mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar, kelas ini juga dapat meningkatkan semangat berkerjasama dalam setiap kumpulan di mana setiap ahli kumpulan perlu bersama-sama mencari maklumat bagi menyiapkan video tersebut. Pelajar juga dibimbing tentang cara untuk mencari fakta yang sahih sebelum menyunting sebuah video.

Aktiviti

Pelajar perlu memilih sama ada mahu membuat video secara berkumpulan atau individu sebelum memulakan kelas. Petugas memulakan kelas dengan menayangkan beberapa buah video sebagai rujukan untuk memberi idea cara penyuntingan video kreatif kepada pelajar. Selepas itu, petugas meminta pelajar untuk mewujudkan akaun Powtoon untuk memulakan sesi pembelajaran menggunakan Powtoon. Pelajar perlu menghasilkan video kreatif yang bertemakan 'Menarik Di Batu Kurau' dengan menggunakan kemahiran dan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 Julai 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh sembilan orang pelajar sekolah. Kelas ini diadakan adalah untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan setiap pelajar menggunakan tatabahasa dalam pemantapan Bahasa Melayu. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu. 

Aktiviti

Para pelajar perlu membuka laman web Kahoot dan memasukkan nombor pin sebelum memulakan permainan. Setiap pelajar perlu tangkas menjawab setiap soalan yang betul untuk mendapat markah yang tertinggi. Pelajar yang mendapat markah yang tertinggi akan mendapat hadiah yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini