Tarikh            : 22 Jun 2019

Masa              : 2.30 petang- 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh seorang pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Sistem Emel internet adalah berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah yang sering digunakan untuk mengirim atau menerima mesej secara besar-besaran. Kini penggunaan emel menjadi sangat penting dan mula diterima pakai untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar untuk membuat akaun emel peribadi beliau.

Aktiviti

Petugas mengajar pelajar cara membuat dan mengendalikan emel peribadi beliau.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Jun 2019

Masa              : 2.30 petang- 3.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Kelas Bahasa Inggeris ini diadakan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dan juga hiperaktif atau dalam bahasa perubatan ianya disebut sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). 

Aktiviti

Petugas mengajar pelajar mengenal nombor 1-20 dalam bahasa Inggeris.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Jun 2019

Masa              : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara, Batu Kurau

Peserta          : 39 orang

 

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara dan disertai oleh 39 orang pelajar dan 5 orang guru dari Tadika Kemas Pantai Besar, Tadika Kemas Batu 20, Tadika Kemas Kampung Sungai Ara, dan Tadika Agama Islam Al-Kurawi, Batu Kurau. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai komponen-komponen komputer di samping meningkatkan ilmu mereka mengenai pentingnya cara penggunaan gajet dengan betul terhadap kesihatan.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video mengenai komponen komputer dan diselang-selikan sedikit penerangan untuk menambahkan pemahaman para pelajar. Teknik interaksi dua hala dapat menambahkan kefahaman para pelajar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 14 Jun 2019

Masa              : 3.00 petang- 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh empat orang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara mengedit gambar dengan menggunakan laman web Pizap.com.

Aktiviti

Pelajar diminta membuka laman web Pizap.com. Seterusnya, petugas meminta pelajar mencari gambar di google untuk diedit. Petugas menerangkan serba sedikit cara menggunakan laman web tersebut dan kemudian, pelajar perlu mengedit gambar tersebut dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Mei 2019

Masa              : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : Tadika Islam Al-Kurawi, Batu Kurau

Peserta          : 37 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan di Tadika Islam Al- Kurawi, Batu Kurau dan disertai oleh 37 orang  pelajar sekolah tadika tersebut. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan tahap kreativiti para pelajar dengan kaedah yang lebih menarik dan kreatif.

Aktiviti

Setiap pelajar diberikan sehelai kertas yang mempunyai gambar pelita. Kemudian, pelajar-pelajar tersebut akan mewarna dan menggunting pelita tersebut. Selepas itu, mereka dikehendaki melekatkan straw pada gambar tersebut sebagai pemegang pelita.

 

Gambar di sini