Tarikh            : 20 Julai 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar tersebut mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci komputer.

Aktiviti

Petugas membantu pelajar berlatih menggunakan tetikus dengan menggunakan laman web Mousercise sebagai medium latihan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Julai 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh lima orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi membantu para pelajar mengulangkaji subjek Matematik dengan cara yang menarik dan efektif sebelum menjelang hari peperiksaan akhir tahun dan UPSR. 

Aktiviti

Para pelajar dikendaki untuk membuka laman web LatihTubiMatematik.com dan menjawab soalan mengikut tahap masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 Julai 2019

Masa              : 9.30 pagi- 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang usahawan Batu Kurau. Kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teknik 'broadcast' Whatsapp dan menggunakan Canva.com untuk membuat poster produk mereka. 

Aktiviti

Para peserta diajar teknik 'broadcast' dalam Whatsapp dan cara menggunakan Canva.com untuk membuat produk yang diusahakan oleh mereka.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Julai 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh enam orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar penggunaan Microsoft Powerpoint bagi membuat pembentangan di sekolah.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan teori menggunakan Microsoft Powerpoint oleh petugas serta diikuti dengan praktikal di mana setiap pelajar perlu menghasilkan 'slide' pembentangan tentang diri mereka sendiri dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 Julai 2019

Masa              : 9.30 pagi- 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh enam orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu anak-anak komuniti Batu Kurau mahir dalam Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai persediaan mereka menempuhi zaman intelektual yang penuh cabaran.

Aktiviti

Pelajar dibimbing oleh Cikgu Nurul untuk mempelajari asas Bahasa Inggeris seperti grammar dan ejaan. Mereka juga diajar cara menjawab soalan Matematik dengan mudah dan pantas.

 

Gambar di sini