Tarikh            : 24 Mei 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara membuat video dengan menggunakan laman web Biteable secara mudah dan menarik. Di samping itu, aktiviti seperti ini juga dapat menggilap potensi dan kreativiti pelajar dalam penggunaan ICT. 

Aktiviti

Pelajar perlu menyediakan sebuah video berdasarkan tema yang diberikan dengan bimbingan petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 Mei 2019

Masa              : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : Tadika Islam Al-Kurawi, Batu Kurau

Peserta          : 37 orang

 

 

Tujuan

Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet Batu Kurau dan Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara dan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah Tadika Islam Al-Kurawi, Batu Kurau. Program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai bahaya penggunaan komputer yang berlebihan di samping memperkenalkan komponen komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video untuk menerangkan komponen komputer dan bahaya penggunaan komputer kepada para pelajar. Selepas itu, para pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan oleh petugas. Pelajar yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul akan menerima hadiah yang telah disediakan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 Mei 2019

Masa              : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang peserta. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menguji kecekapan dan ketajaman minda peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah di samping menyarankan aktiviti yang berfaedah dan menarik untuk boleh dilakukan pada masa lapang.

Aktiviti

Peserta dikehendaki menyelesaikan jigsaw puzzle yang terdapat di dalam laman web Jigsaw Planet mengikut tahap rendah, sederhana, dan tinggi.

Gambar di sini

 

Tarikh            : 18 Mei 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini disertai oleh seorang peserta pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi Microsoft Excel dengan lebih mudah dan menarik.

Aktiviti

Petugas menerangkan setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel dan cara membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel.

Gambar di sini

Tarikh            : 10 Mei 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang pelajar sekolah rendah. Kelas Matematik ini dijalankan untuk membantu pelajar dalam subjek Matematik mengikut topik yang mereka kurang mahir.

Aktiviti

Pelajar menyelesaikan soalan latihan Matematik dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet Batu Kurau.

 

Gambar di sini