Tarikh            : 11 Mei 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Publisher ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh seorang pelajar sekolah rendah. Aktiviti kali ini diadakan untuk mengajar pelajar menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat kad sempena Hari Ibu. Selain meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT, aktiviti ini dapat menguji tahap kreativiti pelajar dengan medium pembelajaran yang lebih menarik.

Aktiviti

Petugas menerangkan cara menggunakan Microsoft Publisher. Selepas itu, pelajar perlu membuat sekeping kad Hari Ibu dengan menggunakan kreativiti sendiri.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 Mei 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Kelas latihan menaip ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh empat orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar untuk berlatih menggunakan papan kekunci dengan teknik yang betul supaya lebih mahir menaip.

Aktiviti

Petugas menggunakan laman web 10fastfingers.com untuk menguji tahap kemahiran para pelajar menggunakan papan kekunci untuk menaip.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 April 2019

Masa              : 9.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 34 orang

 

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu Pengerusi Kampung untuk mengisi data setiap kampung ke dalam laman web spkpn.mae.gov untuk memudahkan pihak kerajaan untuk memantau aktiviti di setiap kampung. Selain itu juga, program ini dapat mengeratkan hubungan antara wakil kampung, Penghulu, dan petugas Pusat Internet Batu Kurau dalam bekerjasama dalam meningkatkan pembangunan dalam kampung.

Aktiviti

Setiap pengerusi atau wakil kampung di mukim Batu Kurau perlu mengisi profil kampung masing-masing di laman web spkpn.mae.gov.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 April 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai cara membuat video atas talian dengan menggunakan Powtoon.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara menggunakan Powtoon dengan betul. Selepas itu, setiap pelajar perlu membuatkan sebuah video yang mudah dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 April 2019

Masa              : 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi            : Taman Tasik Taiping

Peserta          : 224 orang

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada belia muda supaya tidak terjebak dengan najis dadah. Selain itu, pelbagai agensi kerajaan turut terlibat memberi maklumat kepada pengunjung melalui booth yang disediakan.  

Aktiviti

Beberapa orang petugas Pusat Internet dari Kamunting, Batu Kurau, Felda Ijok, Pokok Assam, Simpang Perdana dan Muzium Telegraf diberikan tugas untuk membuka booth sebagai wakil MCMC untuk mempromosikan Klik Dengan Bijak di samping memberi kesedaran kepada pengunjung tentang perlunya berhati-hati ketika menggunakan social media.

 

Gambar di sini