Tarikh            : 5 Julai 2019

Masa              : 3.00 petang- 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh empat orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mahir menggunakan papan kekunci dan menaip dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Pelajar diajar cara menggunakan papan kekunci dan menaip dengan betul. Selepas itu, setiap peserta perlu melayari laman web Typeracer untuk memulakan latihan menaip.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 29 Jun 2019

Masa              : 3.00 petang- 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh tiga orang pelajar dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar untuk membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Word. 

Aktiviti

Pelajar diajar cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 28 Jun 2019

Masa              : 3.00 petang- 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang pelajar. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar menghafal sifir dengan cepat dan cekap secara atas talian (online)

Aktiviti

Petugas meminta para pelajar membuka laman web Sifir Darab sebagai medium pembelajaran secara atas talian (online) untuk membantu pelajar menghafal sifir dengan lebih menarik dan bersemangat.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 29 Jun 2019

Masa              : 10.00 pagi- 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 27 orang

 

 

Tujuan

Program Klik Dengan Bijak ini diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara dan disertai oleh 27 orang peserta yang terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan dan mendedahkan para peserta tentang cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber. Di samping itu, program ini membantu mereka untuk lebih berhati-hati sebelum berkongsi tentang maklumat peribadi ketika menggunakan sosial media seperti alamat tempat tinggal, nombor telefon dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video yang berkaitan tajuk buli siber dan perkongsian maklumat peribadi di atas talian kepada para peserta diselang-selikan sedikit penerangan untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh            : 23 Jun 2019

Masa              : 9.30 pagi- 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh 11 orang pelajar. Kelas ini dijalankan untuk membantu anak-anak sekitar Batu Kurau yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Aktiviti

Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. Setiap daripada mereka perlu menyelesaikan soalan yang terdapat pada kertas yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar di sini