Tarikh            : 25 Oktober 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini dilaksanakan di Pusat Internet Batu Kurau adalah bertujuan untuk membantu pelajar Tahun 5 untuk mengulangkaji mata pelajaran Sains agar pelajar boleh membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi UPSR pada tahun depan.

Aktiviti

Petugas memberikan set latihan soalan sains kepada pelajar berkenaan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Oktober 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan asas pelajar dalam mata pelajaran Matematik dengan cara yang lebih menarik.

Aktiviti

Pelajar perlu membuka laman web Sheppard Software untuk memulakan aktiviti.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 Oktober 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi membantu para pelajar untuk mengetahui cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja kursus yang diberikan oleh guru di sekolah.

Aktiviti

Pada kali ini, petugas mengajar para pelajar untuk menggunakan semua 'tools' yang terdapat di dalam Microsoft Word. Pelajar diberikan tugasan bagi membuat biodata peribadi dengan menggunakan asas yang telah dipelajari secara kreatif.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 Oktober 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Aktivti ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau adalah bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, peserta juga dapat mengulangkaji pelajaran mereka dengan cara yang lebih menarik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Aktiviti

Petugas menyediakan soalan teka silangkata Bahasa Melayu (Sinonim) dengan menggunakan Proprofs.com sebagai medium pembelajaran. Selepas itu, pelajar perlu menjawab kesemua soalan teka silangkata dengan betul mengikut pembayang yang telah diberikan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 September 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Kelas Bahasa Arab ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau adalah bertujuan untuk membantu para pelajar mengenal huruf al-Quran untuk memudahkan mereka memahami makna ayat-ayat al-Quran dengan lebih baik.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai latihan yang akan dibuat. Pelajar perlu menyiapkan latihan tersebut mengikut masa yang telah diberikan.

 

Gambar di sini