Tarikh            : 6 September 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini merupakan kelas bimbingan pelajar bagi matapelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut terutama pelajar yang bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019.

Aktiviti

Petugas membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan Bahasa Melayu yang diberikan oleh guru di sekolah.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 Ogos 2019

Masa              : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 dan disertai oleh 10 orang peserta dari sekolah menengah sekitar Batu Kurau. Kahoot.com merupakan kuiz atas talian (online) yang sering digunakan oleh para guru untuk menguji kefahaman para pelajar dalam matapelajaran di sekolah. Pada kali ini, petugas Pusat Internet Batu Kurau mengambil inisiatif menjadikan Kahoot sebagai medium untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai sejarah negara Malaysia.

Aktiviti

Peserta perlu memasukkan id permainan yang terpapar pada skrin projektor. Selepas itu, permainan bermula di mana para peserta perlu menjawab soalan yang keluar pada skrin projektor tersebut dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 Ogos 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti Tayangan Video Merdeka ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau adalah bagi meningkatkan jati diri dan semangat cintakan negara sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan warna kulit. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan penghargaan serta gambaran dalam kesusahan dan pengorbanan pejuang Tanah Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan yang telah dicapai sehingga kini.

Aktiviti

Petugas menayangkan sebuah video yang bertajuk "Dugaan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis Malaya" di Youtube.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 Ogos 2019

Masa              : 8.30 pagi - 1.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 283 orang

 

Tujuan

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (HBK) ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan kunjungi oleh 283 orang pengunjung dari sekitar Batu Kurau dan Taiping. Program ini merupakan program tahunan Pusat Internet Batu Kurau yang julung kali diadakan bagi mendekatkan fungsi dan peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti bagi komuniti setempat. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pusat Internet dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin setempat bagi manfaat komuniti.

Aktiviti

Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan untuk pertandingan-pertandingan dan cabutan bertuah yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti Memancing Ikan (kaum bapa), Memanah Belon (kaum ibu), Kahoot (Menengah), Mewarna (kanak-kanak), Origami (terbuka). Selain itu, terdapat juga taklimat dan pameran yang telah dibuka oleh 12 agensi yang dijemput khas untuk memberi penerangan dan maklumat terkini kepada komuniti yang hadir. Program ini mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Ogos 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas Video Maker ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau bagi membantu dan membimbing pelajar SMKA Syubaniah, Batu Kurau yang terlibat dalam pertandingan video kemerdekaan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2019. 

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video sebagai rujukan dalam pengasilan video tersebut. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit buah fikiran dan tips supaya video yang dihasilkan adalah video yang berkualiti dan kreatif.

 

Gambar di sini