Tarikh            : 27 September 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu warga emas membuat surat kiriman rasmi untuk membuat aduan. Kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan warga emas cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat dengan menggunakan format yang betul.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit asas menggunakan Microsoft Word. Selain itu, petugas juga memberikan buah fikiran untuk menyiapkan surat aduan tersebut dengan menggunakan ayat dan format yang betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 September 2019

Masa              : 10.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Kelas Usahawan ini dijalankan adalah untuk membantu para usahawan kecil Batu Kurau untuk mengembangkan bisnes mereka secara meluas dengan menggunakan ICT. Pada kali ini, petugas membantu usahawan cara untuk menyediakan brochure dengan menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, usahawan juga diajar cara menggunakan Canva.com sebagai medium untuk membuat poster bisnes mereka dengan lebih kreatif lagi.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara yang betul untuk membuat brochure dengan menggunakan Microsoft Publisher. Selepas itu, petugas mengajar usahawan membuat poster bisnes dengan menggunakan Canva.com.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 13 September 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Kelas Typing In English ini merupakan kelas latihan menaip dalam Bahasa Inggeris. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar untuk menaip dalam Bahasa Inggeris dengan cekap dan pantas. Selain itu, pelajar juga dapat pertingkatkan diri dalam ejaan perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti

Petugas menerangkan cara menggunakan papan kekunci (keyboard) dengan betul. Selepas itu, pelajar diberikan peluang untuk berlatih menggunakan keyboard dengan menggunakan laman web 10FastFingers.com.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 September 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti mewarna ini dijalankan bersempena Hari Malaysia yang disambut setiap tahun sebagai hari memperingati penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 di mana Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura bersatu dan membentuk negara Malaysia. Aktiviti seperti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang struktur dan warna bendera Malaysia di samping mereka dapat membina jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit mengenai Hari Malaysia dan bendera Malaysia. Selepas itu, setiap peserta perlu mewarna bendera Malaysia dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 September 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Kelas logo maker ini merupakan kelas bimbingan kepada usahawan untuk mencipta logo produk mereka sendiri secara atas talian (online) dengan menggunakan laman web Free Logo Design (FLD).

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan laman web FLD dengan betul. Selepas itu, pelajar menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan logo bersesuaian dengan apa yang mereka kehendaki.

 

Gambar di sini