Tarikh : 15 Februari 2019 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 3 orang
|
Tujuan
Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah. Pada kali ini, petugas membantu pelajar cara membina jadual dengan menggunakan Microsoft Word dengan betul.
Aktiviti
Petugas membantu para pelajar membuat jadual menggunakan Microsoft Word.
Tarikh : 16 Februari 2019 Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 10 orang
|
Tujuan
Kelas e-usahawan ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Internet Malaysia Batu Kurau untuk memberi bimbingan kepada para usahawan kecil mengembangkan produk mereka dengan menggunakan sosial media yang terkini seperti Facebook, Instagram, Website dan Blog. Selain itu juga, para usahawan diajar cara untuk membina ayat memujuk untuk menarik minat pembeli untuk membeli barangan mereka.
Aktiviti
Kelas ini dibimbing oleh Puan Imma (PID Kuala Kurau) dan Puan Ija (PID Balik Pulau) sebagai tenaga pengajar yang diiktiraf oleh MDEC dan dibantu oleh Pengurus PIM Batu Kurau untuk melatih para usahawan online.
Tarikh : 14 Februari 2019 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 2 orang
|
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 untuk mengulangkaji matapelajaran Sains sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Aktiviti
Para pelajar diberikan beberapa soalan percubaan PT3 dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai bahan ulangkaji.
Tarikh : 12 Februari 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 1 orang
|
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi membantu pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi kumpulan 3 menggunakan komputer dengan cekap dan mahir. Selain itu, kelas ini juga melatih mereka supaya mampu membuat surat rasmi sendiri mengikut format yang betul, mengetahui cara untuk mencetak dokumen dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.
Tarikh : 8 Februari 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau Peserta : 3 orang
|
Tujuan
Aktiviti
Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.