Tarikh            : 2 Februari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Taklimat Klik Dengan Bijak ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh empat peserta. Tujuan taklimat ini dijalankan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada para peserta mengenai pentingnya fikir dan pastikan kesahihan maklumat dahulu sebelum kongsi di dalam laman media sosial. 

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa video yang berkaitan Malumat Palsu di samping sedikit penerangan untuk menambah pemahaman tentang topik yang disampaikan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 1 Februari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau dan disertai oleh dua orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Microsoft Powerpoint dengan betul di samping merangsang kreativiti mereka.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara menggunakan Microsoft Powerpoint dengan betul. Selepas itu, para pelajar dikehendaki membuat biodata diri dengan menggunakan Microsoft Powerpoint berdasarkan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Januari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar mahir menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat poster bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2020. Selain dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan sifat hormat-menghormati antara rakyat Malaysia walapun berlainan kaum.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara menggunakan Microsoft Powerpoint. Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan poster Tahun Baru Cina.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Januari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Aktiviti ini diadakan di Pusat Internet Batu Kurau adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah untuk menghafal sifir dengan cara yang lebih berkesan dan mudah untuk diingati.

Aktiviti

Petugas meminta murid membuka laman web sifirdarab.com Murid diminta menghafal sifir mengikut tahap masing-masing.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 18 Januari 2020

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Aktiviti menaip ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta menaip papan kekunci dengan betul. Aktiviti ini adalah aktiviti sambungan daripada kelas yang lepas

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuka laman web TypingClub untuk memulakan latihan menaip.

 

Gambar di sini