Tarikh            : 19 Jun 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mahir dalam menggunakan Microsoft Word terutama untuk membuat surat rasmi atau tidak rasmi.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara menggunakan Microsoft Word. Pelajar perlu menaip surat kiriman rasmi sebagai latihan dengan mengikut panduan yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Jun 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar yang tiada asas komputer untuk mahir menggunakan papan kekunci untuk menaip.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit cara untuk menaip menggunakan papan kekunci. Selepas itu, para pelajar dikehendaki memulakan latihan mengikut aras yang telah ditetapkan oleh petugas dengan menggunakan Kidztype.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 16 Mac 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap ketajaman mata dan minda para peserta mencari perkataan tersembunyi berdasarkan pembayang yang diberikan. Kebaikan aktiviti ini, para peserta dapat mengasah kecekapan minda mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan pantas dan betul.

Aktiviti

Petugas mengedarkan kertas soalan kepada semua peserta. Peserta perlu mencari perkataan yang tersembunyi berdasarkan pembayang yang telah diberikan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Jun 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih para peserta untuk menyelesaikan masalah di samping mengembangkan minda dan kemampuan mereka berfikir. Selain itu, puzzle juga dapat menguatkan ingatan kanak-kanak serta mampu melatih diri bersabar dalam menyelesaikan setiap masalah.

Aktiviti

Para pelajar membuka laman web jigsaw planet dan menyusun gambar E-Sisa yang telah disediakan oleh petugas. Mereka perlu menyusun gambar berkenaan dalam masa yang ditetapkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 13 Mac 2020

Masa              : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya memastikan peralatan komunikasi yang dibeli mempunyai label MCMC bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Kebaikan aktiviti ini, para peserta dapat mengetahui tentang kepentingan aplikasi ‘Check Your Label’ dan cara menggunakannya dengan betul.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video yang berkaitan tentang Check Your Label. Setiap peserta perlu memberikan sepenuh perhatian ketika video sedang ditayangkan.

 

Gambar di sini