USAHAWAN KECIL GAJET PENJIMAT MINYAK KERETA
Nama | : Iswani Binti Ismail |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Cik Iswani yang berumur 27 tahun telah memulakan bisnes online lebih kurang 3 tahun. Beliau telah menjual pelbagai jenis produk dan kini fokus untuk menjual produk MPR Fuel Saver.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau kurang mahir untuk mempromosikan produk beliau di dalam medium online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti program e-Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau, beliau kini semakin jelas dan faham cara untuk mempromosikan menggunakan teknik yang lebih baru dan terkini. Di Pusat Internet, beliau mempelajari cara menggunakan canva.com untuk mengedit poster bagi produk dan belajar cara untuk menaikkan like di Page beliau.
USAHAWAN KECIL PRODUK PELEMBUT VIRAL
Nama | : Siti Ayu Binti Bidin |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Ayu telah menjalankan perniagaan bermula tahun 2015. Setelah menajalankan pelbagai produk, akhirnya beliau tekad untuk menjual produk softener viral ni bermula pada tahun 2019. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau kini dalam usaha untuk mempromosikan perniagaan beliau dalam medium pemasaran online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Puan Ayu hanya mempromosikan produk beliau dalam kalangan jiran-jiran dan kedai dobi yang beroperasi di Jelai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas dan program eUsahawan yang disertai oleh Puan Ayu dibimbing oleh Pusat Internet Batu Kurau, beliau kini telah mampu membuat FB Page sendiri. Selain itu, beliau sudah mahir membuat copywriting dan membuat link whatsapp yang tersusun bagi memudahkan pelanggan beliau membuat tempahan. Kini, beliau semakin bijak mengatur strategi bagi mempromosikan produk beliau di dalam MyShop.
USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL
Nama | : Salmah Binti Mat Zin |
Umur | : 55 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Salmah merupakan wanita berumur 55 tahun yang masih kuat untuk menjalankan perniagaan kuih tradisional yang semakin dilupa oleh generasi hari ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali Pusat Internet (PI) pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan pula kadangkala tak menentu mengikut musim.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, beliau mampu menjual secara online yang dibantu oleh menantu beliau yang juga bersama-sama mengusahakan perniagaan ini. Kini, di samping menjual secara offline beliau juga telah mula memasarkan perniagaan kuih tradisional ini melalui online ke seluruh Batu Kurau.
BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN MEDIA SOSIAL (WARGA EMAS)
Nama | : Zainun Binti Osman |
Umur | : 58 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Zainun binti Osman merupakan golongan warga emas yang masih berminat untuk mempelajari dunia ICT. Beliau yang telah berusia 58 tahun ini, begitu tekun untuk mempelajari cara menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum datang ke Pusat Internet Batu Kurau, beliau tidak mahir untuk menggunakan komputer apatah lagi menggunakan Facebook, menaip atau membuat emel.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengenali PI, beliau kini telah mampu membuka Facebook untuk berhubung dan bertanya khabar dengan rakan-rakan dan anaknya serta mampu mencari maklumat yang beliau perlukan. Petugas memberi bantuan kepada Puan Zainun secara direct one by one. Dengan ini, lebih mudah untuk beliau memahami dan belajar menggunakan komputer. Beliau berharap semoga Pusat Internet seperti ini diteruskan kerana memudahkan kami golongan warga emas untuk belajar menggunakan komputer.
USAHAWAN KECIL GERAI MAKANAN
Nama | : Azizah Binti Abdullah |
Umur | : 62 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Azizah telah membuka kedai makan secara kecil-kecilan di Kampung Jelai, Batu Kurau. Antara menu yang istimewa yang terdapat di kedai makan beliau ialah yee mee sizzling dan laksa telur sarang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai Pusat Internet (PI) pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600-RM1000 sebulan. Pelanggan beliau kebanyakkannya adalah terdiri daripada penduduk sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Batu Kurau, beliau mampu memperolehi pendapatan yang melebihi pendapatan sebelumnya kerana perniagaan beliau telah dipromosikan di dalam Dashboard Komuniti (MyShop). Pelanggan beliau kini telah bertambah yang terdiri daripada pelbagai daerah dan negeri. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000- RM4000 sebulan.