USAHAWAN KECIL MEMBUAT DAN MENJUAL PELBAGAI JENIS ROTI DAN KEK
Nama | : Noraini Janah bt Muhammad Isa |
Umur | : 39 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Noraini Janah menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis roti dan kek serta menjadi agen kepada produk Al Fateh Junior. Puan Noraini telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2017. Beliau mengikuti kursus membuat roti pada hujung tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan medium media sosial untuk mengembangkan bisnes beliau. Beliau juga tidak tahu cara untuk mengedit gambar dengan menggunakan aplikasi yang terkini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Puan Noraini boleh menggunakan whatsapp untuk promosikan bisnes roti beliau. Beliau membuat iklan di dalam group-group whatsapp dan sedang mula berjinak-jinak untuk menggunakan Facebook Page.
BELAJAR ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE DAN MENYUNTING VIDEO
Nama | : Puteri Shafina bt Saipol Bahari |
Umur | : 8 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puteri Shafina merupakan murid tahun 2 di SJKC Kwang Man Batu Kurau. Beliau sangat berminat untuk belajar ilmu baharu yang boleh menambah pengetahuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puteri belum mahir menggunakan mouse, tidak pandai menggunakan pc dengan baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti kelas, banyak peningkatan yang beliau dapat. Antaranya, tidak kekok menggunakan mouse, boleh membuat kad ucapan, boleh membuat video dan editing photo. Beliau belajar cara menggunakan Microsoft Publisher, Pizap.com (Photo Editor), Biteable.com (Video Editor) dan Microsoft Word.
USAHAWAN KECIL KATERING
Nama | : Suriani bt Mohamad Mubarak |
Umur | : 44 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Suriani menjalankan perniagaan katering majlis, mengambil tempahan untuk kuih-muih, biskut, roti john mini dan sebagainya. Beliau juga mengendalikan majlis infak/Sedekah untuk pelajar tahfiz/ Yatim di Kawasan Batu Kurau. Puan Suriani telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2015 ketika beliau menetap di Ipoh. Beliau mula berpindah ke sini pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan medium media sosial untuk mengembangkan bisnes beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Puan Suriani boleh menggunakan whatsapp untuk promosikan bisnes masakan beliau. Beliau membuat iklan di dalam group-group whatsapp dan sedang mula berjinak-jinak untuk menggunakan medium Instagram.
DROPSHIP DAN AGEN PRODUK KECANTIKAN
Nama | : Siti Azuwa bt Aris |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Azuwa telah menjalankan bisnes kecantikan produk Nurraysa bermula tahun 2017 lagi. Beliau bermula sebagai dropship dan menjadi agen selepas yakin dengan kemampuan diri untuk memegang stok. Beliau menjual secara online dan offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Puan Azuwa agak ketinggalan dan tidak tahu cara untuk membuat broadcast di whatsapp, menghubungkan akaun facebook page & Instagram dan membuat ayat soft selling.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, Puan Azuwa sudah semakin pandai untuk memahami apa itu soft sell, hard sell & upsell. Beliau juga telah mampu untuk membuat link antara Instagram dan Facebook Page. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara mengedit photo menggunakan canva.com. PI juga membantu mempromosikan produk beliau di dalam Myshop Dashboard Komuniti.
BELAJAR MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
Nama | : Luqmanul Hakim b Abdul Aziz |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Luqmanul Hakim adalah seorang murid tahun 5 di SKJC Kwang Man, Batu Kurau. Beliau begitu berminat untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau masih kurang mahir untuk membuka komputer, mengenal fungsi button di keyboard dan menaip di Microsoft Word.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau kini mampu memasukkan gambar, mengedit gambar, membuat jadual dan sebagainya. Alhamdulillah peningkatan yang ditunjukkan oleh beliau sangat memberangsangkan.