USAHAWAN IKAN PEKASAM
Nama | : Shamsinar Bt Mohamed Satu |
Umur | : 46 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Shamsinar merupakan usahawan kecil Batu Kurau yang menjadikan ikan pekasam sebagai produk utama beliau. Beliau telah memasarkan ikan pekasam dan ikan kering secara kecil-kecilan di pasar pagi dan sekitar Kampung Pondok Tanjung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan juga terhad hanya sekitar tempat tinggal beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Batu Kurau, beliau kini mampu mempunyai Facebook sendiri dan mampu untuk mempromosikan bisnes beliau secara online. Pelanggan beliau kini tidak terhad hanya penduduk kampung sekitar rumah beliau namun kian meluas di seluruh Malaysia. Pendapatan beliau kini boleh mencecah RM500 – RM1000 bergantung kepada musim-musim perayaan.
PERKHIDMATAN DAN PEMBELAJARAN ICT
Nama | : Muhammad Amirul Amin B Ahmad Zaini |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Amirul Amin adalah pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Agama Syubaniyah dan merupakan salah seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Pekan Batu Kurau. Beliau selalu mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas pada setiap hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum kewujudan Pusat Internet Batu Kurau, beliau sering membuang masa ke cyber café yang berhampiran untuk melayan permainan game atau menonton video di Youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjadi ahli di Pusat Internet Batu Kurau, beliau telah memanfaatkan kemudahan yang ada di Pusat Internet dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan. Selain itu, beliau sudah mahir menggunakan powerpoint untuk membuat pembentangan di sekolah. Pada bulan Ogos 2018, beliau telah mendapat bimbingan daripada pihak PI Batu Kurau untuk menghasilkan sebuah video tokoh kemerdekaan bersempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan Powtoon. Beliau telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan tersebut.
Nama | : Hamid Bin Jani |
Umur | : 80 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Encik Hamid yang telah dilahirkan pada 10 Ogos 1938 dan kini berusia 80 tahun telah menjalankan perniagaan pembuatan golok dan sarong hampir 20 tahun. Beliau menjalankan pembuatan sarong berkenaan berdekatan rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan kemudahan ICT, pakcik Hamid hanya menerima tempahan daripada kawan-kawan beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunakan ICT, pak cik Hamid boleh memasarkan dan menerima tempahan sarong golok dengan lebih meluas.
USAHAWAN IKAN, AYAM DAN DAGING PEKASAM
Nama | : Noor Azura Bt Mat Zain |
Umur | : 45 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Puan Zura merupakan pembekal ikan, ayam, dan daging pekasam secara kecil-kecilan dirumahnya. Setelah perniagaan beliau semakin berkembang, beliau membuat keputusan untuk membuka premis di Arena Square Batu Kurau. Beliau menubuhkan syarikat dengan diberi nama Zura Noor dan kini produk beliau sedang hangat dipasaran dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh negara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya RM300 – RM500 . Jumlah ikan pekasam yang terjual juga mengikut musim-musim seperti perayaan dan kenduri- kendara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti kelas dan promosi yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan Batu Kurau, beliau kini semakin pandai mengurus dan mengambil order secara online melalui whatsapp dan Facebook peribadi miliknya. Kini, pelanggan beliau datang dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Pendapatan bulanan beliau kini mampu mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.
USAHAWAN ROTI, KEK DAN PASTRY
Nama | : Nuraziah Binti Mohamad |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Nuraziah menjalankan perniagaan pembuatan kek, cookies, roti, pastry dan menerima tempahan untuk pelbagai majlis. Beliau turut membuat biskut raya menjelang lebaran. Bermula pada tahun 2012, Puan Nuraziah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumahnya. Kini beliau telah mempunya kedai yang diberi nama Azie’s Delight Bakery yang terletak di tepi jalan besar Batu Kurau yang berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kurau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat memasarkan di dalam kawasan Batu Kurau dan produknya hanya terhad kepada beberapa tempatan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu memasarkan produk beliau dengan menggunakan Facebook Page dan menerima order melalui aplikasi whatsapp. Selain itu, beliau juga mempunyai agen biskut raya apabila tibanya musim perayaan.