BELAJAR MENYUNTING VIDEO
Nama | : Aiman Haikal b Ngah Dahiri |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Aiman Haikal merupakan pelajar SMA Syubbaniyah, Batu Kurau. Beliau selalu datang ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Aiman Haikal tidak tahu untuk menghasilkan video yang menarik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, beliau kini mampu untuk menghasilkan video yang sangat kreatif dan menarik. Beliau pernah menyertai pertandingan video yang dijalankan di PI dan mendapat tempat pertama.
USAHAWAN KECIL KATERING
Nama | : Yuaznim bt Yunus |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Yuaznim berpengalaman selama 10 tahun di dalam dunia katering. Kini beliau membuka kedai makan yang menjual menu nasi Arab.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Puan Yuaznim tidak tahu cara untuk membuat brosur untuk pakej katering beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, puan Yuaznim boleh menghasilkan brosur untuk pakej katering bagi bisnes beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp.
BELAJAR MENAIP DAN SERTAI AKTIVITI DI PUSAT INTERNET
Nama | : Muhamad Afif Farhan b Mohd Ismail |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Afif Farhan merupakan murid tahun 4 di SK Toh Sajak, Batu Kurau. Beliau sangat berminat untuk belajar ilmu baharu yang boleh menambah pengetahuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Afif belum mahir menggunakan kedua tangan untuk menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti kelas, banyak peningkatan yang beliau dapat. Antaranya, beliau boleh menaip dengan cepat. Beliau juga mampu menggunakan komputer dengan baik dan belajar beberapa ilmu baru.
USAHAWAN KECIL BAKERI DAN KELAS LATIHAN MEMASAK
Nama | : Normala bt Samsudin |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Normala merupakan wanita 38 tahun yang sangat bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru. Puan Normala telah bergiat dalam dunia bakeri dan menjadi tenaga pengajar dalam bidang masakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau tidak tahu cara-cara untuk mempromosikan bisnes bakeri beliau. Beliau hanya menyebarkan melalui mulut-mulut orang kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, beliau kini menggunakan PI sebagai salah satu tempat untuk beliau mengajar komuniti setempat yang berminat. Beliau juga meminjam netbook dari PI untuk menaip resepi-resepi baru beliau. Puan Normala juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp di Pusat Internet.
USAHAWAN KECIL ASAM KEPING DAN KEREPEK PISANG
Nama | : Zuraimie bt Zulkifli |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Zuraimie menjalankan perniagaan menjual kerepek pisang dan asam keping secara offline di kampung beliau. Puan Zuraimi telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2010 secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu untuk mengeluarkan penyata bank bagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penggunaan ICT, Puan Zuraimi boleh menggunakan online banking dengan mahir. Di PI, beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui MyShop di samping beliau juga menggunakan kemudahan di PI untuk membuat label sticker bagi bisnes beliau.